November 8, 2008

Zaibaktian serasi dengan 'Lelaki Baru'

Special thanks to Zaharian Osman & Berita Harian for publishing this article! Thanks also to ppl @ Fatimah Mohsen for setting me up for a modest photoshoot! Thanks also to semua yg msg and call me pagi2 lagi inform me pasal tis article! Zaibaktian serasi dengan 'Lelaki Baru'

By Zaharian Osman

USAHANYA hendak bertapak dalam bidang seni bukan baru dilakukan - berbulan-bulan lamanya, malah memakan tahun.

Kini, selepas setahun bekerja keras mengetengahkan lagu-lagu daripada album pertamanya, Keagungan Mu, penyanyi tempatan, Zaibaktian Abu Bakar, 32 tahun, pula melihat hasilnya.

Single Lelaki Baru yang ke udara sejak dua bulan lalu itu kian diminati.

Ternyata, gabungan antara beliau dengan Yazri, anggota band Merah, mahu melahirkan lagu ini amat serasi dan menjadi.

Lebih membanggakan, hanya setelah empat minggu ia berjaya mencapai kedudukan naib juara di Ria Chartz baru-baru ini.

Muzik dan susunan lagu genre rok ini menceritakan perihal seorang bekas banduan yang ingin mengubah haluan hidup sehingga kembali semula ke pangkuan mereka yang disayangi.

Lagu yang kuat perutusan itu sejajar dengan Projek Reben Kuning (YRP) yang memberi peluang kepada bekas pesalah agar diterima kembali ke pangkuan masyarakat.

Yazri berkata: 'Lagu itu saya cipta khas untuk Zai kerana saya lihat semangat yang membara untuk bangkit dan membaiki diri menerusi seni muzik.

'Ini meyakinkan dengan kesungguhan Zai muncul semula dengan irama yang lebih segar.'

Perasaan gembira menyelinap masuk pada diri Zaibaktian kerana terharu dengan sambutan yang diterima pada lagu ini.

Ini sebagai pengenalan untuk album repackage yang sedang dalam pembikinan ketika ini.

Ditemui di sesi fotografi, Zai berkata: 'Saya ingin mengenalkan bakat dan identiti saya sebagai penyanyi dan penggubah lagu.'

Apabila diamati seni kata lagu ini, penulis dapati ia kaya dengan penceritaan yang kurang didapati di kebanyakan lagu kebelakangan ini.

Nilai positif serta kesungguhan yang diterapkan begitu tulus pada cara penyampaian dan penghayatan Zai pada lagu ini.

Kesan mendengar begitu menyentuh dan menyuntik semangat yang memberangsangkan.

Esok, bertempat di Auditorium Persatuan Jepun Singapura (JAS), Adam Road, sempena acara Musical Extravaganza anjuran Persatuan Pelindung Hak Cipta dan Penggubah Lagu Singapura (Compass), Zai akan membuat persembahan.

Mereka yang ingin mengenali genre muzik perjuangan Zaibaktian boleh layari http://zaibaktian.blogspot.com.

Labels: , , , , , ,

ZAIBAKTIAN ]|[ Saturday, November 08, 2008